Bahasa


4 April 2014

Topik  :  Ringkasan (GCE 'O' 2012)

Para pelajar arif budiman,

Sila selesaikan tugas ini sebelum pukul 9 malam, 4 April


Dalam menganalisa teks ini, kamu dikehendaki masukkan dapatan kamu dalam format berikut :

Topik  :  Ringkasan (GCE 'O' 2012)

Perenggan  :  ____ (no.)


A.  Isi   :  ___________________

      Huraian  (jika ada)  :  _______________

      Contoh  (jika ada) : _________________




______________________________________________
26 Mac 2014

Topik  :  Ringkasan (B.Teks)


Para pelajar arif budiman,

Sila selesaikan tugas ini sebelum pukul 9 malam, 26 Mac.


Dalam menganalisa teks ini, kamu dikehendaki masukan dapatan kamu dalam format berikut :

Topik  :  Ringkasan (26 Mac)

Teks 1  :  _________________ (nama teks)

(B.Teks ms____)

A.  Isi 1  :  ___________________

      Huraian 1 (jika ada)  :  _______________

      Contoh 1 (jika ada) : _________________

B.  Isi 2  :  ___________________

      Huraian 2 (jika ada)  :  _______________

      Contoh 2 (jika ada) : _________________


_____________________________________

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad


_________________________________________________
13 Januari 2014

Topik  :  Bahasa Melayu, Bahasa Kita?


Para pelajar arif budiman,


Sila rujuk pada pautan berikut apabila membuat kajian.

1.  Sejarah Bahasa Melayu  :




2.  Perkembangan Bahasa Melayu  :




Bahan perbincangan.



Salam mesra

Cikgu Azizah.Ahmad


19 ulasan:

  1. * Pemilihan BM sebagai bahasa kebangsaan di Nusantara. Ia dipilih kerana bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.

    * Bahasa Melayu ternyata tidak terkongkong di daerahnya sendiri (di sekitar Palembang). Sebuah batu bersurat yang ditemui di Gandasuli di Jawa Tengah bertarikh 832 M juga menggunakan beberapa perkataan/bahasa Melayu

    * Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa dan lain-lainnya

    * Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu:
    i) Bahasa Melayu Kuno
    ii) Bahasa Melayu Klasik
    iii) Bahasa Melayu Moden.

    * Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong. Kemudian, tulisan Jawi telah mengambil alih tugas tulisan Rencong.

    * Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.

    * Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu.

    Dibuat oleh : Imanni, Harriz, Iffah

    BalasPadam
  2. Perkembangan Bahasa Melayu - 15 Januari

    * penyelidikan dilakukan untuk mendapat tahu perkembangan bahasa melayu moden berbanding dengan bahasa melayu yang asal
    * perkembangan bahasa melayu telah dibahagikan kepada empat fasa: pra-sejarah, kuno/purba, klasik dan moden
    * pengaruh agama islam, bahasa arabik dan sanskrit memberi kesan kepada perkembangan bahasa melayu (menjadi bahasa melayu klasik)

    Oleh: Fathiah, Sarah, Sharifa

    BalasPadam
  3. Topik : Ringkasan (26 Mac)

    Teks 4 : Bulan Bahasa 2011

    (B.Aktiviti ms 46)

    A. Isi 1 : Pihak penganjur menggunakan dana yang diterima untuk membiayai program kanak-kanak di radio dan penganjuran majlis Anugerah Persuratan.

    Huraian 1 (jika ada) : Dana telah digunakan oleh masyarakat bagi mendidik anak-anak mengenai nilai, budaya dan bahasa Melayu.

    Contoh 1 (jika ada) : Dana diperuntukkan bagi merakamkan 25 buah lagu kanak-kanak.

    B. Isi 2 : Pihak penganjur memaklumkan bahawa penganjuran bulan bahasa kini dijadikan acara tahunan untuk memenuhi sambutan serta penyertaan masyarakat Melayu.

    Huraian 2 (jika ada) : -

    Contoh 2 (jika ada) : -

    C. Isi 3 : Slogan bulan bahsa memberikan fokus kepada mengekalkan warisan bahasa Melayu kepada generasi masa hadapan.

    Huraian 3 (jika ada) : Pihak penganjur memastikan bahawa penganjuran kegiatan bahasa diadakan sepanjang tahun.

    Contoh 3 (jika ada) : Sebanyak 41 kegiatan bahsa seperti persembahan, peraduan, ceramah dan bengkel telah dianjurkan oleh persatuan-persatuan dan sekolah-sekolah.

    D. Isi 4: Tiga orang duta Bahasa telah dilantik untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.

    Huraian 4 (jika ada) : -

    Contoh 4 (jika ada) : -

    BalasPadam
  4. Topik  :  Ringkasan (26 Mac)

    Teks 2  :  Roda Raksasa Singapura

    (B.Teks ms 21)

    A. Isi 1  :  Roda Raksasa Singapura memberikan para pengunjung panorama Singapura yang mankjubkan sejauh 45 kilometer.
    Huraian 1  :  Pengunjung dapat melihat perairan negara jiran Indonesia dan Malaysia dari kejauhan.
    Contoh 1 : Roda mempunyai ketinggian 165 meter, iaitu 42 tingkat, dan memakan masa setengah jam untuk bergerak dalam satu putaran.

    B. Isi 2  :  Setiap kapsul Roda Raksasa mempunyai sistem perhubungan dan kamera litar.
    Huraian 2  :  Penumpang dapat berkomunikasi dengan kakitangan dan segala pergerakan Roda Raksasa Singapura dapat dipantau.

    C. Isi 3  :  Para penumpang boleh menempah kapsul yang disediakan khas untuk acara makan malam atau makan siang.
    Huraian 3  :  Kapsul akan berputar sebanyak dua kali pusingan dan mengambil masa satu jam.
    Contoh 3 : Ada lima kapsul yang disediakan khas untuk acara ini untuk dua hingga sepuluh orang dengan pelayan untuk menyediakan makanan dan minuman.

    BalasPadam
  5. Topik : Ringkasan (26 Mac)

    Teks 6 : _Esplanade - Teater di Persisiran___ (nama teks)

    (B.Teks ms_70_)

    A. Isi 1 : Merupakan pusat seni persembahan

    Huraian 1 (jika ada) : Menghibur, menarik, mendidik dan merangsang daya kreativiti masyarakat.

    Contoh 1 (jika ada) : ruang konsert, studio teater dan pertunjukan, ruang galeri, auditorium, pusat membeli-belah dan perpustakaan.

    B. Isi 2 : Menjadi lokasi pilihan bagi pelbagai pementasan

    Huraian 2 (jika ada) : mempunyai prasarana yang bertaraf antarabangsa.

    Contoh 2 (jika ada) : kosert dan pementasan teater sering diadakan di sana.

    BalasPadam
  6. Topik : Ringkasan (26 Mac)

    Teks 1 : Raja Pop

    (B.Teks ms 35 )

    Kehendak Soalan: Pengaruh dan Pencapaian Michael Jackson Dalam Bidang Muzik

    A. Isi 1 : Aksi-Aksi Michael Jackson telah menyumbang banyak kepada perkembangan dunia hiburan dalam era 1980-an.

    Huraian 1 : Tiada

    Contoh 1 : Tiada

    B. Isi 2 : Michael Jackson telah mula kerjaya muziknya pada umur 5 tahun di mana dia merupakan seorang anggota kumpulan "The Jackson 5"

    Huraian 2 : Tiada

    Contoh 2 : Tiada

    D. Isi 3 : Michael Jackson telah berjaya mengeluarkan album solo pertamanya yang ditempatkan di tangga pertama carta lagu di Amerika Syarikat.

    Huraian 3 : Tiada

    Contoh 3 : Tiada


    E. Isi 4 : Album solo keduanya, "Thriller", pula telah menjual lebih daripada 104 juta unit di merata dunia.

    Huraian 4 : Kejayaannya telah menjadikan dia artis Afrika-Amerika pertama yang dapat mempengaruhi "Music Television" (MTV).

    Contoh 4 : Tiada

    E. Isi 5 : Lagu-lagu serta tarian-tarian uniknya, robot dan moonwalk, telah menjadi kesukaan ramai di merata dunia.

    Huraian 5 : Tiada

    Contoh 5 : Tiada

    F. Isi 6 : Dia telah dinobatkan sebagai Artis Terunggul Sepanjang Dekad 1980-an dan dicatatkan namanya dalam Rekod Dunia Guiness sebagai artis yang menjual 750 juta unit album, 13 "singles" nombor satu dan memperolehi 13 Anugerah Grammy.

    Huraian 6 : Tiada

    Contoh 6 : Tiada

    BalasPadam
  7. Topik : Ringkasan (26 Mac)

    Teks 1 : Pertunjukan Udara Singapura (nama teks)

    (B.Teks ms 9)

    Kehendak soalan: Perkara-perkara yang boleh disaksikan oleh pengunjung semasa pameran udara tersebut.

    Isi 1 : Pameran tersebut dianggap sebagai pertunjukan udara terbesar di Asia.

    Huraian & Contoh 1 : Pelbagai pesawat perniagaan dan pesawat tentera udara dipamerkan di acara tersebut (B-1B Lancer, T-50 Golden Eagle, A380)

    B. Isi 2 : Menyaksikan aksi-aksi nekad yang dilakukan oleh para juruterbang profesional.

    Huraian & Contoh 2 : Pertunjukan daripada pasukan Black Knights Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang menggunakan pesawat jenis F-16C Fighting Falcons.

    C. Isi 3: Pelbagai gerai-gerai pameran oleh beberapa syarikat penerbangan serantau dikendalikan.

    Huraian 3: Kontraktor-kontraktor asing diterbangkan untuk membantu mengendalikan gerai-gerai pameran tersebut yang menjadi tumpuan para pengunjung setiap tahun.

    BalasPadam
  8. Topik : Ringkasan (26 Mac)

    Teks 1 : Yang Enggang dan Yang Pipit

    (B.Teks ms 59)

    Kehendak soalan: Menulis ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional

    Isi 1 : Anggota masyarakat terbahagi kepada lapisan atasan dan lapisan bawahan

    Huraian 1 : Tiada

    Contoh 1 : Lapisan atasan merupakan lapisan yang memerintah. Lapisan bawahan merupakan golongan yang kena perintah

    Isi 2 : Orang lapisan atasan memainkan peranan yang besar

    Huraian 2 : Tiada

    Contoh 2 : Terdiri daripada Sultan, keluarganya dan orang-orang yang memegang jawatan pentadbiran negara. Bahasa istana digunakan ketika menghadap Sultan dan keluarganya.

    Isi 3 : Lapisan bawahan terdiri daripada rakyat jelata.

    Huraian 3 : Tiada

    Contoh 3 : Tiada

    Isi 4 : Masyarakat Melayu tradisional hidup dengan aman dan damai

    Huraian 4 : Golongan yang memerintah dihormati oleh golongan yang diperintah dan mereka memberi perlindungan serta memerintah dengan adil dan saksama.

    Contoh 4 : Tiada

    BalasPadam
  9. Topik : Ringkasan (GCE 'O' 2012)

    Perenggan : 4


    A. Isi : Pemuliharaan warisan yang terbina dapat mempertahankan identiti dan ciri-ciri tersendiri bandar Singapura.

    Huraian (jika ada) : Bangunan-bangunan mempunyai nilai sejarah dan seni bina dapat membuktikan toleransi kaum di Singapura yang sudah wujud berabad-abad lamanya.

    Contoh (jika ada) : 94 buah kawasan telah diberi status pemuliharaan oleh URA dan 7082 buah bangunan di kawasan ini telah dibaik pulih, termasuk bangunan keagamaan.

    BalasPadam
  10. Topik : Ringkasan (GCE 'O' 2012)

    Perenggan : 3


    A. Isi : -

    Huraian (jika ada) : Yang jelas, sesuai dengan peranannya untuk memelihara Monumen Negara, Lembaga Pemeliharaan Monumen (PMB) memastikan warisan seni bina dan sejarah Singapura dapat dihayati.

    Contoh (jika ada) : 63 buah bangunan dan struktur telah diisytiharkan sebagai Monumen Negara.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Topik  :  Ringkasan (GCE 'O' 2012)

    Perenggan  :  2


    Isi  :  Singapura mengutamakan pemeliharaan Monumen Negara.

    Huraian  :  Bangunan yang menggambarkan detik-detik penting dalam perjalanan Singapura ke arah pembangunan negara memang perlu dikekalkan.

    Contoh : Hotel Raffles yang telah wujud sejak 1887 menjadi kebanggaan Singapura bukan semata-mata keranan keupayaannya memperoleh pengiktirafan antarabangsa tetapi kerana nilai sejarahnya yang tinggi.

    BalasPadam
  13. Topik : Ringkasan (GCE 'O' 2012)

    Perenggan : 1


    A. Isi : _Singapura mengekalkan bangunan-bangunan lama walaupun mempunyai saiz terbatas.__________________

    Huraian (jika ada) : _______________

    Contoh (jika ada) : _________________


    Perenggan : 7


    B. Isi : _Singapura berkomited untuk memelihara sejarah dan warisannya.__________________

    Huraian (jika ada) : _______________

    Contoh (jika ada) : _________________

    BalasPadam