Menulis

Topik : Perkongsian Penulisan (10 & 11 Febuari 2014)

Para pelajar arif budiman,


Semua pelajat telah pun melalui latihan amali untuk karangan.  Ini merupakan cara untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari, apa yang perlu diperbaiki serta apa yang perlu dihindari.  Dengan itu,  tugasan yang diberi adalah cara untuk mengulangkaji aspek-aspek penting dalam penulisan.

Setiap pelajar harus melakukan tugasan ini dalam kumpulan, berdasarkan genre karangan yang dipilih.

A.  Deskriptif & Naratif - Sharifa, Imanni

B.  Ekspositori - Fathiah, Sarah, Iffah, Harriz



Dalam tugasan itu, kamu dikehendaki menyentuh aspek-aspek penting dalam penulisan seperti :

A.  Pengenalan

B.  Isi-isi

C.  Penutup

D.  Kosa-kata / Penanda Wacana yang boleh digunakan

E.  Kesilapan-kesilpan yang boleh dielakkan


Tugasan ini perlulah dibuat secara berkumpulan agar maklumat-maklumat yang penting dan terperinci dalam dikongsi.  Bentuk tugasan perlulah dalam bentuk nota dan/atau slaid persembahan.  Pembentangan tugasan perlu disiapkan sebelum 13 Febuari 2014.  Semua kumpulan diberi 10 hingga 20 minit untuk membuat pembentangan.

Terima kasih.


Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad









Tiada ulasan:

Catat Ulasan